Advertisement

JOMLAUNCH7 : Critical Care Medical Devices IoT

JOMLAUNCH7 : Critical Care Medical Devices IoT JOMLAUNCH7 adalah acara yang meraikan projek oleh developer dan syarikat tempatan di Malaysia. Salah sebuah projek yang telah membentang adalah NexoPrima dengan projek Critical Care Medical Devices IoT.



Pasti kita pernah melihat secara langsung di hospital ataupun melalui drama TV atau filem, apabila di wad kritikal, terdapat sebuah peranti dengan skrin monitor di sebelah katil. Peranti ini merakam dan memaparkan graf denyutan jantung dan mungkin lain-lain data penting pesakit.

Namun tahukah anda data ini tidak menyimpan data ini ke mana-mana? Apa yang diusahakan oleh Adzmely Mansor dan Faizal dari Nexoprima Sdn. Bhd. adalah di mana mereka berjaya mendapatkan data daripada peranti-peranti ini yang sedia ada dan menyimpannya di server untuk analisa dan juga paparan di tempat lain.

Selain dari itu, dengan data yang disimpan, kita berupaya membuat analisa. Ini dahulunya mustahil kerana data ini tidak dikumpulkan secara berpusat.

Maklumat lanjut di

jomlaunch,jomlaunch7,nexoprima,adzmely mansor,critical care medical device iot,

Post a Comment

0 Comments